...and my perspective changed.

assalamualaikum dan hai


Berada disini mengajar aku banyak perkara dan perkara yang aku nak highlightkan adalah benda simple yang selame ni aku hadap tapi aku tak hadam. Hari datang dan pergi, semangat hilang dan datang tidak bertahan lama. Tapi datang satu masa itu, ustazah berbicara perihal satu perkara.

Bersangka baik dengan Allah SWT. 

Rasa menusuk kalbu orang kata walaupun ayat itu simple. Balik bilik, aku cuba nak ubah satu perkara dalam diri aku. Masa untuk ubah, masa untuk positive thinking. Aku cuba fikir sebaliknya, Allah tengok usaha tak tengok hasil, mungkin berjaya awal-awal aku akan kecundang kemudian, Allah ada perancangan lebih baik. Dan juga aku fikir, mungkin ilmu CTU aku study haritu bukan diguna pakai untuk ujian 1 tapi siapa tahu untuk ujian 2 atau perkara yang lebih bermakna?. Aku ubah lagi, doa aku tukarkan kepada lebih berterima kasih dan bersyukur kepada Allah untuk hari ini, semoga aku dapat buat yang lebih pada masa akan datang. Aku akui aku tak cukup baik tapi aku tidak tergamak untuk buat benda yang tak baik. Iman turun naik perkara normal, jatuh bangun perkara biasa juga dan akhirnya mahu atau tak manusia kena biasakan diri dengan permainan hidup.